Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup
dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik
amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada
dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk
kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan
merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang
sangat besar.
Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ
اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا
وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan
baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah
setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila
kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang
mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar ,
maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul
Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri
seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ
الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا
لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat
dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah
baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan,
ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha
keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” (
Riwayat Muslim)
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada
musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan,
sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial.
Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang
sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan
harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa
erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas
terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu
benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini
sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila
kita menasihatkan orang lain agar bersabar.
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang
dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang
disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat
sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.”
Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang
terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan
semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan
dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai
tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap,
dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan
nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat
ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian
Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa
ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara
umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai
sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.
Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala
menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah,
tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak
ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak
kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa
nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu
supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi
dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu
bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia
tidak memiliki
hawa nafsu.
Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran
insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang
ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian).
Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui
bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang
besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu
telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba
Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di
mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku
bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu
reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang
tinggi.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat
yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan
lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah
melanda.
Wallahu ‘a’lam
sumber: http://zhafiz.wordpress.com/2008/04/04/hikmah-sabar-menghadapi-ujian-dan-musibah/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar